TPM: Perang ke atas rasuah tunjuk kesan positif
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata perang yang dilancarkan kerajaan ke atas rasuah melahirkan kesan "positif dan ketara".
Beliau memetik kajian yang dijalankan Transparency International bahawa 49 daripada rakyat Malaysia merasakan bahawa usaha kerajaan ke atas rasuah adalah berkesan.
Angka tersebut meningkat daripada 29 peratus pada 2009, katanya dalam ucapan penutup kepada 900 perwakilan di satu persidangan anti-rasuah antarabangsa hari ini.
Selain itu, firma AT Kearney juga meletakkan Malaysia di tangga ke-10 dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012, katanya.
Katanya, beliau yakin bahawa Malaysia akan berjaya memerangi rasuah dan memperbaiki sikap masyarakat ke atas usaha anti-rasuah yang dijalankan kerajaan.

