Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Puad Zarkashi: Seminar keibubapaan dedah bahaya LGBT

Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini semakin membimbangkan dan ia antara cabaran yang perlu ditangani secara bersama oleh kerajaan dan rakyat, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini.

Menurut beliau, amalan itu yang turut disokong dan diperjuang oleh pihak tertentu di negara ini merupakan ancaman kepada budaya murni rakyat dan boleh mencetuskan suasana tidak sihat dalam negara.

NONE Bercakap kepada para pemberita selepas merasmikan seminar keibubapaan bertema "Menangani Isu LGBT" peringkat negeri Perlis di Kolej Matrikulasi Perlis di Kangar hari ini, beliau berkata, lebih membimbangkan jika ia merebak secara meluas di institusi pendidikan.

Katanya, beliau tidak dapat memberikan angka mengenai kes itu walaupun ia wujud tetapi menurutnya apa yang lebih penting ialah langkah mengawal perlakuan songsang itu demi masa depan negara.

Antara langkah yang sedang diambil termasuk melalui seminar keibubapaan berkaitan LGBT supaya para peserta dapat didedahkan dengan bahaya LGBT bukan sahaja kepada insitutusi keluarga tetapi negara, katanya.

Dr Puad berkata, siri seminar itu telah lama dilaksanakan dan sehingga kini 10,000 peserta yang terdiri daripada kepimpinan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), guru kaunseling dan guru penolong kanan hal ehwal murid telah menyertai 13 siri seumpama itu di seluruh negara manakala pada 16 Oktober ini akan ia berlangsung di Kelantan.

Beliau berkata, ada pihak yang memandang negatif penganjuran seminar seumpama itu dengan alasan ia membawa mesej yang berbahaya kepada rakyat.

Beliau turut mengakui ada pemikiran bahawa guru-guru berperwatakan lembut berpotensi terbabit dengan LGBT namun menurutnya Kementerian Pelajaran tidak akan terburu-buru menghukumnya.

"Selagi mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik, mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan kecuali setelah didapati melanggar etika kerja," katanya.

Kementerian Pelajaran hanya mahu guru-guru yang beretika dan mulai tahun depan, tawaran kursus perguruan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya ditawarkan kepada 30 peratus pelajar paling cemerlang begitu juga dengan tawaran bagi kursus perguruan lepasan ijazah yang hanya membabitkan 30 peratus pelajar cemerlang.

Ini sejajar dengan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035 yang mana para guru perlu mempunyai kualiti yang hebat, katanya.

-Bernama

ADS