Representasi mohon AG gugur tuduhan terhadap Ling
Peguambela dalam perbicaraan Tun Dr Ling Liong Sik telah memohon untuk menghantar representasi kepada Pejabat Peguam Negara supaya mempertimbang menggugurkan tuduhan berdasarkan kepada keterangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dan hari ini.
Peguambela Wong Kian Kheong memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmadi Asnawi dan meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan minggu ini.
Beliau berkata, pihaknya akan menghantar representasi di kamar ekoran keterangan D4 (Mahathir) dan "kita akan menunggu hasilnya".
Sementara menunggu keputusannya, Wong memohon supaya tarikh tersebut ditangguhkan sehingga December.
Biasanya, apabila representasi dihantar, ia bertujuan supaya pihak pendakwa mengurangkan atau menggugurkan tuduhan.
Hakim Ahmadi kemudian menetapkan 4 Disember ini untuk sebutan kes.
Sepatutnya, esok telah ditetapkan untuk pihak pendakwa menyoal-balas Dr Mahathir.
[Baca berita Penuh]

