Guan Eng: Bentangkan laporan audit di Parlimen hari ini
Diterbitkan: Oct 11, 2012 3:27 PM | Dikemas kini: Oct 11, 2012 3:30 PM
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan mengeluarkan Laporan Audit Negara semasa sidang Parlimen hari ini.
Katanya, perkara itu patut dilakukan supaya negeri-negeri juga dapat mengeluarkan laporan audit masing-masing.
Kerajaan negeri sudah diberikan laporan masing-masing pada 30 Ogos lalu.
"Kenapa lambat sangat? Kelewatan ini tidak dapat diterima. Mereka patut bentangkan Laporan Audit Negara secepat mungkin," kata Lim dalam sidang media hari ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.