MCA: Isu alam sekitar boleh hakis sokongan BN
Koh Jun LinDiterbitkan: Oct 12, 2012 3:37 PM | Dikemas kini: Oct 12, 2012 8:10 PM
Isu alam sekitar seperti isu Lynas, Bukit Koman dan Pengerang berpotensi menghakis sokongan terhadap BN, kata MCA.
"Boleh, kerana DAP membangkitkan isu itu untuk menyerang BN," kata Ketua MCA Datuk Seri Chua Soi Lek ketika ditanya pemberita dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mendakwa, perkara ini menunjukkan kenapa parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai pendirian berbeza dalam isu projek petrokimia Rapid di pengerang.

