MP DAP masih tak puashati laporan audit lewat
Dua ahli parlimen pembangkang membidas kerajaan ekoran kelewatan dua minggu dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011 di Dewan Rakyat.
Dua ahli parlimen tersebut ialah Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).
Perkara itu dibangkatkan oleh Fong dan disokong oleh Kulasegaran
selepas sesi soal jawab di Dewan pagi ini.
Kulasegaran menegaskan bahawa konvensyen parlimen Westminster menentukan bahawa laporan audit perlu dibentangkan bersama dengan bajet.
Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar menolak aduan mereka dengan berkata, setahu beliau, tidak terdapat konvensyen berkaitan pembentangan laporan tersebut pada masa tertentu.
Menurut Wan Junaidy, sebarang laporan dibentangkan pada bila-bila masa Dewan bersidang.
Beliau mengingatkan ahli parlimen bahawa ada masa sewaktu perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan tersebut yang dibentangkan pagi ini.

