Adakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memungkiri tanggungjawabnya kementerian, yang menyebabkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu kedai buku Borders dan mendakwa di mahkamah syariah seorang pengurus yang beragama Islam kerana mengedarkan buku kontroversi?

Ya, hujah Borders dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 September untuk menyoal balas Hishammuddin berhubung perkara itu.

NONE Kedai buku itu mahu menyoal balas Hishammuddin kerana mereka percaya beliau memungkiri tanggungjawab perlembagaan sebagai seorang menteri.

Ini ekoran apa yang dikatakan cubaan Hishammuddin membela unit penguasaan JAWI yang merampas buku Allah, Kebebasan dan Cinta (termasuk versi bahasa Inggeris) karya Penulis Kanada Irshad Manji pada 23 Mei - seminggu sebelum diharamkan secara rasmi.

Menteri dalam negeri dalam afidavit kepada Mahkamah Tinggi bertarikh 5 September berkata, walaupun tiada pengharaman rasmi, JAWI boleh berbuat demikian kerana buku itu melanggar Seksyen 13 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Hishammuddin dalam afidavit bagi menjawab permohonan semakan kehakiman yang difailkan Borders menyebut, rampasan boleh dibuat oleh JAWi bawah undang-undang tanpa sebarang larangan daripada kementerian.

[Baca berita penuh]