Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh 27 Disember untuk memutuskan kes saman fitnah oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan mengenai temubualnya dengan BBC.

Hakim Datuk VT Singham menetapkan tarikh berkenaan untuk menyampaikan penghakimannya selepas seorang pengarang berita kanan Utusan dan seorang wartawan memberi keterangan di mahakah untuk membela akhbar milik Umno itu.

Anwar menamakan penerbit Utusan Melayu (M) Bhd dan pengarang kumpulannya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan dalam saman tersebut.

Ketua umum PKR itu diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya, sementara Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan.

[Baca berita penuh]