Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Maglin: Filem 13 Mei untuk didik keharmonian kaum

Timbalan menteri penerangan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata gambaran mengenai pertumpahan darah dan kekacauan dalam rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dalam filem Tanda Putera adalah perlu bagi mendidik anak muda mengenai keharmonian antara kaum.

Katanya, walaupun ia menyentuh perkauman, insiden 13 Mei merupakan peringatan penting mengenai keperluan bagi keharmonian kaum.

Gambaran mengenai insiden berkenaan boleh digunakan sebagai salah satu aspek pendidikan sejarah kerana golongan muda kini menurutnya lebih "matang".

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan lisan dalam satu persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa filem tersebut mengandungi kesimpulan perkauman negatif yang mungkin menjejaskan penonton.

Katanya, filem tersebut juga masih belum ditayangkan di pawagam, dan masih terlalu untuk menyatakan sekiranya akan menyebabkan kesan perkauman negatif.

Timbalan menteri itu juga berkata, kos RM2.7 juta untuk filem tersebut dibiayai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan merupakan salah satu strategi kerajaan untuk menyokong penerbitan filem patriotik.

[Baca berita penuh]

ADS