Morle Shanmugam, yang mendakwa dia telah dipukul oleh 20 anggota polis selepas menghadiri perayaan Thaipusam awal tahun ini, sebaliknya telah disabitkan bagi kesalahan menghalang seorang pegawai polis menjalankan tugas dengan membalingnya dengan tin bir di sepanjang Jalan Penang.

NONE Morle (kanan), 30, mengaku melakukan kesalahan tersebut di persimpangan Chulia Street dan Upper Penang Road pada 9 Februari, kira-kira jam 2.40.

Pada April lalu, Morle, yang berasal dari Perak dan kini menganggur, tidak mengaku salah terhadap tuduhan tersebut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menunaikan kewajipannya.

Morle telah mendakwa dia diserang oleh kumpulan 20 anggota polis apabila dia menghalang seorang lelaki merampas birnya, tanpa mengetahui lelaki itu adalah seorang pegawai polis.

Hari ini, selepas tawaran rayuan di mahkamah tertutup, Majistret Norhayati Ibrahim menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau sebulan penjara.

Emma Syafawati Abdul Wahab dan Khairul Fairus Rahmat bertindak sebagai timbalan pendakwa raya dalam perbicaraan itu, yang berlangsung selama dua hari.

Dalam rayuannya, peguam M Viswanathan yang mewakili Morle berkata, anak guamnya mengaku salah semasa tawaran rayuan dan melahirkan rasa kesal atas kejadian itu.

"Morle juga bersetuju untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatan dan satu laporan perubatan telah dikemukakan kepada Majistret," kata Viswanathan berkata.

"Semua pihak dalam proses tawaran rayuan bersetuju bahawa dia seorang menganggur dan mengalami skizofrenia," tambah peguam itu.

[Baca berita penuh]