Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selamat Hari Raya Aidiladha dari Malaysiakini
Diterbitkan:  Oct 26, 2012 3:49 AM
Dikemaskini: Oct 27, 2012 12:07 AM

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca Malaysiakini .

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.

Petugas Malaysiakini , khususnya yang beragama Islam, bercuti pada hari ini untuk menyambut Aidiladha serta mengunjungi saudara mara serta sahabat handai.

Malaysiakini versi Bahasa Malaysia akan kembali beroperasi sepenuhnya pada hari Sabtu dengan lebih banyak berita yang menarik.

Sementara itu, Bernama melaporkan, umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha dalam kesederhanaan dan disertai penghayatan pengorbanan yang dituntut ajaran Islam.

   

Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya dalam keadaan selesa diikuti ibadah korban yang dilakukan di beberapa tempat seperti di masjid, surau, kampung dan taman perumahan.

Aidiladha kali ini juga disambut pada hari Jumaat iaitu penghulu bagi sekalian hari dan umat Islam akan kembali memenuhi masjid untuk solat Jumaat pada tengah hari.

   

Jalan raya di ibu negara lengang berikutan kepulangan perantau ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS