Noh: Kerajaan komited dapatkan semula wang NFC
Diterbitkan: Oct 29, 2012 8:58 PM | Dikemas kini: Oct 29, 2012 9:01 PM
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan komited untuk mendapatkan semula pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFC).
Bagaimanapun, katanya, ia akan sedikit memakan masa.
Untuk tujuan itu, katanya lagi, kerajaan sudah berbincang dengan beberapa syarikat untuk mengambil alih pengurusan Pusat Fidlot Nasional.
Mengambil contoh Malaysian International Tuna Port (MITP), Noh berkata, pengambilannya memakan masa lebih setahun kerana terdapat keperluan berkaitan liabiliti dan menentukan berapa banyak yang perlu dibayar kepada kerajaan.

