Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin-pemimpin masyarakat Penan memutuskan untuk meneruskan hadangan di jalan menuju tapak pembinaan projek empangan hidroelektrik Murum selepas bermesyuarat sesama sendiri pada Sabtu lalu.

"Ya, (mereka) lagi meneruskan (hadangan itu)," kata pengerusi NGO hak asasi pribumi Save Sarawak's Rivers Network (Save Rivers) Peter

Kallang kepada Malaysiakini semalam.

NONE Selain meneruskan hadangan yang bermula sejak bulan lalu, masyarakat Penan juga bersetuju untuk sekali lagi membincangkan tuntutan mereka dengan kerajaan Sarawak yang dijadual pada bulan November, kata Peter.

Perkara itu dikukuhkan dengan penjelasan penyelaras NGO negeri

Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin.

"Sehingga sekarang hadangan itu masih berterusan. Saya juga baru

pulang daripada bertemu mereka (di tapak hadangan) pada Jumaat hujung minggu lalu.

“Sehingga kini saya masih belum terima panggilan dari mereka

(memaklumkan hadangan dihentikan)," katanya.

Sebelum ini sudah beberapa kali kedengaran ura-ura bantahan itu akan ditamatkan, seperti didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang pada 25 Oktober ekoran perbincangan melibatkan pemimpin-pemimpin Penan di Bintulu sebelum itu.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Peter dua hari kemudian dengan

alasan ia hanya akan terjadi sekiranya terdapat persetujuan antara

pemimpin kumpulan etnik itu.

ADS