Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini menyalahkan akhbar China Press kerana mengetengahkan isu penonton keluar daripada majlis makan malam parti itu ketika beliau berucap di Kulai pada Sabtu lalu.

Beliau mempersoalkan kenapa harian berbahasa Cina itu memburukkannya sedangkan lebih banyak lagi penonton yang tetap kekal dalam acara itu walaupun di luarnya hujan lebat.

NONE "Hujan lebat sehingga 7.30 petang dan sehingga 8 malam, majlis makan malam itu sudah penuh. Saya gembira dengan perkara ini," katanya selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya walaupun tujuh organisasi media membuat liputan program itu, hanya China Press yang melaporkan insiden keluar majlis itu.

"Jadi bagaimana kamu hendak jelaskan tentang orang ramai yang tetap menunggu walaupun hujan lepat," soalnya.

Sabtu lalu, China Press melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 orang yang hadir dalam program di Kulai meninggalkan majlis ketika Chua berucap.

[Baca berita penuh]