Lebih 120 rakyat Bangladesh yang berlayar secara haram ke Malaysia untuk mencari pekerjaan lebih baik hilang apabila bot yang dinaiki mereka terbalik di Teluk Bengggal, kata pegawai polis negara itu.

Enam daripada 128 penumpang motobot yang sesak itu selamat dalam kemalangan yang berlaku pada Ahad malam itu, kata pegawai polis Mohammad Farhad semalam, lapor dpa .

Seorang buruh 24 tahun yang selamat dan lima penumpang diselamatkan kira-kira 50 kilometer dari pantai pada Isnin oleh bot memancing.

Beliau memberitahu, semua penumpang membayar sedikit wang kepada agen tempatan untuk ke Malaysia.

"Kami sudah memfailkan kes terhadap sembilan agen tempatan yang membawa pekerja miskin untuk peluang kerja lebih baik di Malaysia dan memaksa mereka melalui perjalanan penuh bahaya.

"Mereka akan didakwa atas kes penyeludupan manusia," Farhad dipetik sebagai berkata.

Tambahnya lagi, pasukannya akan merakamkan kenyataan pihak yang selamat.

[Baca berita penuh]