Siasatan pada Suaram hanya tunggu ROS
Jabatan Peguam Negara (AG) sudah menerima kertas siasatan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buat kali kedua dan kini menunggu laporan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pula untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, AG tidak menolak kertas siasatan SSM pada awal Oktober lalu.
Bercakap dalam sidang media di Bank Rakyat, Kuala Lumpur hari ini, Ismail berkata, AG masih menunggu ROS, agensi bawah Kementerian Dalam Negeri, untuk melengkapkan siasatan terhadap Suaram.
Katanya, AG sekarang cuba mendedahkan hubungan antara Suara Inisiatif and Suaram.
Justeru, Ismail menggesa ROS mempercepatkan siasatannya.
"Tidak perlu banyak masa untuk mengesahkan status pendaftaran Suaram," katanya.

