AES: Kong pertahan keputusan guna sumber luar
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mempertahankan keputusan kerajaan mendapatkan khidmat luar berhubung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada dua syarikat swasta, yang menurutnya, dibuat berdasarkan beberapa faktor.
Katanya, keputusan untuk tidak menyerahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan sistem tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kos dan sumber manusia yang terlibat serta kepakaran pengurusan ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.
"Terdapat negara-negara lain yang juga mengambil khidmat luar (untuk sistem yang sama melibatkan syarikat swasta). (Ia) bukan subkontrak.
"Ini adalah sebahagiannya kerana kos yang terlibat dan juga jumlah tenaga kerja. Dan saya fikir ia juga kepakaran dalam pengurusan (syarikat)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Maritim Dunia 2012 hari ini

