Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran menerima anugerah 'Personaliti Media 2012' oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dalam satu majlis makan malam pada malam tadi.

Beliau menerima penghormatan itu daripada president 4As Tony Savarimuthu sebagai sebahagian daripada Anugerah Kancil – yang dianggap banyak pihak sebagai anugerah paling berprestij dalam industri pengiklanan.

NONE "Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada 4A kerana mengiktiraf sumbangan Malaysiakini kepada media Malaysia.

" Malaysiakini akan terus memastikan golongan berkuasa bertanggungjawab ke atas keadilan dan demokrasi.

"Kami akan terus memainkan peranan kecil kami untuk menghapuskan rasuah dari negara ini, untuk merealisasikan tuntutan bagi pilihan raya adil dan memastikan kerajaan memerintah di peringkat persekutuan dan negeri memenuhi kepentingan rakyat," katanya selepas menerima anugerah itu.

Premesh juga mengucapkan penghargaannya kepada agensi iklan yang menggunakan Malaysiakini untuk mencapai golongan sasaran.

Anugerah personaliti media yang berusia tiga tahun itu adakan untuk menghargai tokoh media di Malaysia yang "mencari kebenaran tanpa gentar mahupun memihak".

Anugerah ini merupakan yang kedua dimenangi Malaysiakini daripada 4As.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS