Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Calon berkualiti, tiada sabotaj kunci BN rampas K'tan'

Barisan Nasional mampu menawan semula Kelantan jika menurunkan calon yang berkualiti dan mendapat sokongan padu daripada semua peringkat kepimpinan parti di negeri itu.

    

Setiausaha Kelab Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mewakili dua generasi berbeza dalam parti itu bersependapat bahawa calon berkualiti dan tiada sabotaj merupakan dua kunci utama bagi memastikan BN dapat merampas Kelantan daripada cengkaman parti PAS.

    

Mustapha berkata rakyat Kelantan kini sudah bersedia menukar kerajaan akibat kegagalan PAS mengurus negeri itu dengan baik dan BN perlu mengambil peluang sepenuhnya terhadap situasi itu dengan memastikan dua kunci utama itu menjadi kenyataan.

    

"Calon berkualiti mestilah berakhlak mulia, bersih daripada rekod buruk seperti tidak bermoral dan rasuah. Mereka mestilah mesra rakyat, tidak sombong, senang didekati dan sanggup turun padang dalam semua keadaan.

    

"Calon dipilih bertanding mestilah mendapat sokongan padu daripada semua kepimpinan bahagian dan cawangan. Mereka yang tidak terpilih mesti mengetepikan perasaan kecewa kerana kemenangan parti adalah utama," katanya kepada Bernama.

Khairy berkata selain itu Badan Perhubungan Umno Kelantan perlu menyediakan insentif khas kepada golongan muda dalam manifesto mereka.

"Insentif ini boleh dibuat dari segi pembangunan belia, kemudahan untuk belia atau pemberian peruntukan secara langsung kepada belia," katanya.

- Bernama

ADS