Risalah misteri yang mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pengikut pluralisme agama, dengan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin Kristian, telah diedarkan di sekitar Slim River pagi ini, sehari sebelum ketua pembangkang itu berceramah di situ.

NONE Menurut exco Wanita PKR, Chua Yee Ling, risalah yang ditulis dalam bahasa Melayu itu, kebanyakannya ditemui di tempat makanan dan di pasar. Beberapa pemilik kedai mendakwa risalah itu dimasukkan dalam peti surat mereka.

"Ahli-ahli kami menerima risalah yang memfitnah Anwar itu di merata tempat di pusat bandar Slim River... mereka tidak tahu siapa yang mengedarnya," katanya ketika dihubungi.

Yang paling ketara ialah buku kecil berwarna 'Anwar Ibrahim & pluralisme Agama' setebal lapan muka surat.

Pluralisme agama adalah satu kepercayaan bahawa semua agama harus dilayan sebagai sama.

Buku kecil itu mengandungi gambar-gambar Anwar menghadiri majlis

anjuran masyarakat Kristian serta berinteraksi dengan padri dan pemimpin terkemuka Kristian yang ditanda dengan bulatan merah supaya lebih jelas.

NONE Gambar-gambar itu disertakan dengan kapsyen mengenai majlis-majlis tersebut serta petikan-petikan yang menegaskan bahawa Anwar membenarkan perkataan 'Allah' digunakan oleh penganut Kristian.

Terdapat juga gambar Anwar memberi penghormatan di upacara pengebumian Teoh Beng Hock.

[Baca berita penuh]