Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NUJ, Kwong Wah Yit Poh Press selesai kes di luar mahkamah
Diterbitkan:  Nov 7, 2012 8:07 AM
Dikemaskini: 2:10 AM

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mencapai satu persetujuan dengan (syarikat) Kwong Wah Yit Poh Press Bhd untuk menyelesaikan isu sistem kontrak yang dirujuk dengan Mahkamah Industri awal tahun ini.

    

Ini berikutan persetujuan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu itu di luar mahkamah di mana syarikat itu bersetuju semua pekerja kontrak tetap adalah dalam skop perwakilan kesatuan dan skop perjanjian kolektif antara syarikat dan kesatuan, kata NUJ dalam satu kenyataan semalam.

    

Pada 2009, syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang itu melaksanakan satu sistem mandatori bagi petugas baru untuk bekerja dalam akhbar itu berdasarkan kontrak, yang tidak membenarkan pekerja untuk terus kekal dalam kesatuan.

    

Wakil-wakil kesatuan iaitu Presidennya Chin Sung Chew, Pengerusi cawangan kesatuan Chua Cheong Wee, setiausaha cawangan KY Leong dan pengurus sumber manusia Kwong Wah Press, Ang Chen Chun dengan penolong pengurus sumber manusia Choy Mee Kam hadir apabila award persetujuan direkodkan.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS