PM: Tender LRT pada George Kent tak cemar imej negara
Pemberian tender projek lanjutan LRT Ampang kepada George Kent, yang dikatakan telah gagal ujian kompetensi, tidak mencemarkan imej negara, kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), yang bertanya sama ada pemberian tender RM960 bilion yang dilanda pelbagai dakwaan dan kontroversi
kepada Konsortium George Kent telah mencemarkan imej Malaysia di mata pelabur asing.
Najib berkata ia telah dimaklumkan kepada pembida yang tidak berjaya dan mereka menerima keputusan tersebut.
"Pembida-pembida antarabangsa yang mengambil bahagian sememangnya akur dengan keputusan yang diambil kerana penilaian secara keseluruhan, bukan sahaja dari aspek teknikal dan komersil yang lazimnya yang dilakukan di kebanyakan negara di dunia.
"Sehingga ini tiada pembida yang mengutarakan rasa ketidakpuasan hati mereka kepada pihak Kementerian Kewangan atau Prasarana berkenaan dengan penganugerahan tender tersebut, dan ini boleh dijuruskan sebagai bukti bahawa imej negara masih kekal seperti keadaan sebelumnya,'' kata Najib.

