Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: JAIS dan Nurul Izzah perlu berbincang secara baik
Diterbitkan:  Nov 7, 2012 9:39 PM
Dikemaskini: 11:07 PM

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai tindakan positif untuk membuka perbincangan sesama Islam dan menguatkan persefahaman ummah.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab JAIS untuk pro-aktif dan memahami maksud sebenar kenyataan Nurul Izzah, seterusnya menyelesaikan sebarang kekeliruan supaya tiada perbezaan pemahaman.

Abdul Khalid yakin Nurul Izzah berniat baik ketika membuat kenyataan itu.

“Satu perkara yang jelas ialah tiada orang Islam yang mahukan saudara Islamnya meninggalkan agama.

"Adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menjaga masyarakat Islam lain dengan lebih baik,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco hari ini.

Beliau menyokong dan memuji kesediaaan Nurul Izzah  untuk berjumpa dengan JAIS bagi menerangkan maksud sebenar di sebalik ucapannya yang didakwa telah diputarbelitkan oleh media dan penulis blog.

Abdul Khalid berkata beliau mendapati ada sesetengah laporan berita yang telah lari konsep awal (maksud sebenar)  kenyataan Nurul Izzah itu.

“Pada saya ini perkara ini tidak betul dan kita perlu selesaikan dengan baik demi kebaikan umat Islam bersama,” katanya.

1. Mais: Sultan S'gor kesal kenyataan Nurul Izzah

ADS