Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petronas henti siar klip video 'Do The Dappan' di Youtube
Diterbitkan:  Nov 8, 2012 8:48 PM
Dikemaskini: Nov 9, 2012 2:01 AM

Petronas mengambil keputusan menghentikan penyiaran klip video 'Do the Dappan' daripada laman web rasminya di YouTube.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata keputusan tersebut diambil setelah ia menimbang pelbagai maklum balas daripada penonton berkaitan klip video tersebut, yang hasilkan sebagai sebahagian daripada kempen sambutan Deepavali 2012 bertemakan "Be the Light".

    

"Dalam semua kempen mengenai sambutan perayaan kami, Petronas sentiasa berhasrat membantu mempromosi dan menyemai nilai bersama yang terdapat dalam pelbagai warisan, tradisi dan budaya yang menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia dalam masyarakat pelbagai etnik kita," kata Petronas dalam kenyataannya.

[Baca berita penuh]

ADS