Lynas rancang tambah modal setelah mahkamah benar operasi
Diterbitkan: Nov 9, 2012 5:16 PM | Dikemas kini: Nov 9, 2012 5:18 PM
Syarikat memproses nadir bumi, Lynas Corporation merancang untuk menambah modal setelah Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkannya menjalankan operasi kilangnya di Gebeng.
Syarikat memohon untuk menghentikan dagangan sahamnya, sementara menunggu pengumuman butiran usaha penambahan modal, demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di Melbourne pada Jumaat.
Penghentian berkenaan sehingga permulaan dagangan pada Selasa depan.
Lynas mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi pada Khamis untuk menjalankan kilang pemprosesan di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.