Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Pendaftar Pertubuhan menyerahkan notis kepada seorang kakitangan NGO hak asasi Suaram di Pulau Pinang supaya hadir ke pejabat jabatan tersebut untuk siasatan lanjut.

Koordinator Suaram Pulau Pinang Lee Hui Fei diberikan notis tersebut oleh pegawai penyiasat Insp Abd Rahim Mohammad daripada Pendaftar Pertubuhan Putrajaya pada kira-kira jam 3 petang ini.

Menurut surat tersebut, Lee diberitahu bahawa beliau akan disiasat mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah ekoran "rasa tidak puas hati" seorang pengadu di Muar, Johor.

"Kehadiran puan amat diperlukan untuk melicinkan siasatan," surat itu dipetik.

Dokumen berkenaan diserahkan kepada Lee di pejabat Suaram di Sungai Dua oleh seorang pegawai Pendaftar Pertubuhan.

Lee diminta hadir ke pejabat Pendaftar Pertubuhan di Kepala Batas pada jam 10 pagi pada Rabu.

Katanya, beliau bertanya pegawai tersebut berhubung tujuan siasatan berkenaan memandangkan Suaram didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Pegawai itu berkata, walaupun kami didaftarkan mengikut SSM, kami sebenarnya beroperasi sebagai sebuah organisasi," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS