Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
25 kereta, satu motosikal dihempap bumbung di UKM

Sebanyak 25 kereta dan sebuah motosikal rosak apabila bumbung laluan pejalan kaki di sebelah tempat parkir tumbang setelah dihempap sebatang pokok semasa hujan lebat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, semalam.

    

Bumbung laluan pejalan kaki ke arah tempat parkir bersebelahan Dewan Canselor, Tun Abdul Razak, menimpa kenderaan yang terletak di parkir itu pada kejadian pukul 4 petang semalam.

    

Ketua Pengarah Keselamatan UKM Leftenan Kolonel (B) Jury Tasripan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali kerosakan di bahagian bumbung dan cermin pecah pada semua kenderaan itu.

    

"Bumbung sepanjang kira-kira 200 meter dan diperbuat daripada atap

genting itu rosak teruk akibat dihempap pokok yang tumbang," katanya kepada Bernama di tempat kejadian..

    

Beliau berkata 18 daripada kenderaan itu dimiliki oleh petugas dan pelajar UKM manakala tujuh lagi adalah kenderaan pelawat.

    

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru

Bangi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada

jam 4.30 petang tadi.

    

Enam anggota dengan sebuah jentera segera ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan kenderaan yang dihempap bumbung itu.

    

- Bernama

ADS