Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS telah membuat laporan polis terhadap mereka yang menghalang konvoinya - 'Kembara Oren' - daripada memasuki Felda Lasah di Sungai Siput, Perak pada 3 November lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam satu sidang akhbar hari ini di Ipoh.

Beliau berkata, PAS juga akan memfailkan saman sivil terhadap mereka yang bertanggungjawab membuat sekatan tersebut yang menurutnya bertentangan dengan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan, yang memberi kebebasan untuk bergerak, dan Perkara 10, yang menyokong kebebasan berhimpun dan bersuara.

NONE Razman melahirkan kekecewaan kerana mendakwa pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan dan sebaliknya berpihak kepada pihak yang membuat provokasi.

Pihak polis, kata Razman, sepatutnya bertindak supaya mereka tidak menghalang atau mengancam konvoi PAS pada masa itu atau pada masa depan.

Beliau juga menyeru agar semua pihak, sama ada mereka untuk kerajaan atau pembangkang, supaya tidak menyalahgunakan pasukan pasukan keselamatan, terutama RELA.

Pada 3 November, kira-kira 100 orang menghalang konvoi yang diketuai oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang berkiatan dengan PAS, daripada memasuki Felda Lasah.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman dipetik oleh Harakah Daily sebagai berkata, kebanyakan mereka memakai baju dengan logo Umno dan BN.

Mazlan mendakwa beliau diseret keluar dari kereta dan ditolak-tolak oleh beberapa belia, yang melemparkan kata-kata tidak sopan terhadapnya.

Konvoi itu adalah sebahagian daripada siri jelajah ke kawasan Felda untuk memberi taklimat kepada peneroka bagi melindungi kepentingan mereka.

[Baca berita penuh]

 

 1. Konvoi Kembara Oren disekat di Sungai Siput

 

ADS