Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS tolak protes BERSIH 4.0 sebelum PRU

Dalam keputusan hampir sebulat suara, perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini menolak usul untuk mengadakan protes BERSIH 4.0 sebelum pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan yang berucap menolak usul tersebut berhujah bahawa sumber parti perlu disalurkan ke arah menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, dan bukannya menganjurkan satu protes mega.

Ketika membahaskannya, Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Umno Umno telah turun ke kampung-kampung di luar bandar dan mengedarkan habuan.

Oleh itu, katanya,  jika protes tersebut diteruskan, rakyat akan bertanggapan bahawa mereka hanya tahu turun ke jalanan.

NONE Menurut Mohd Azam, tidak ada banyak masa yang tinggal untuk

menghadapi pilihan raya umum dan lagi pula pihaknya juga akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di setiap negeri.

"Marilah kita beri tumpuan untuk menawan Putrajaya," tegasnya.

Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Pekan, Fadhil Mohd Noor menggesa para perwakilan supaya menyokong cadangan mengadakan protes tersebut.

"Setiap kali kita adakan perhimpunan, ia melengahkan keputusan Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Tetapi ia bukan niat kita untuk menakutkan sesiapa tetapi untuk meneruskan perjuangan kita untuk pilihan raya umum yang bersih," katanya.

Bagaimanapun, wakil PAS Pengerang, Sheikh Umar Ali, yang turut menolak usul tersebut berkata ia kerana Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada 13 Januari tahun depan.

Ia adalah salah satu daripada empat usul yang telah dibahaskan dalam Muktamar sayap hari ini.

Tiga usul lagi ialah mengenai serangan berterusan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap undang-undang hudud, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan penyusunan semula lidah rasmi parti itu, Harakah.

Mengenai MCA, para perwakilan menyokong usul bahawa serangan MCA dan Chua itu telah menghina Islam dan menuntut beliau memohon maaf.

[Baca  berita penuh]

ADS