Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Star Publications (M) Bhd, Ho Kay Tat, telah meletak jawatan hari ini dan dijangka kembali semula ke pangkuan Edge Publications.

ho kay tat Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications, Datuk Vincent Lee,

mengesahkan peletakan jawatan Ho (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini melalui telefon petang ini.

Difahamkan The Edge telah mendapat lesen untuk menerbitkan sebuah akhbar harian dan Ho dijangka menerajuinya.

Persediaan untuk menerbitkan harian tersebut sedang berjalan dengan pengenalan lamanweb beritanya kira-kira tiga minggu lalu.

Lee berkata Ho telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan syarikat itu sejak empat bulan lalu dan "dengan hati yang berat lembaga pengarah melepaskannya pergi".

"Ia merupakan satu detik yang amat sukar bagi kami semua dan kami dapat memahami bahawa beliau akan kembali menerajui The Edge."

Wong Chun Wai ambil alih?

Ketua Pengarang Kumpulan T he Star, Datuk Wong Chun Wai, dijangka mengambil alih kedudukan Ho.

Menurut sumber, keputusan Ho itu dianggap sebagai tamparan kepada T he Star , yang majoritinya dimiliki oleh Huaren, sebuah sayap pelaburan MCA.

MCA, anggota komponen utama BN, sedang menghadapi satu tugas yang sukar untuk mendapatkan semula sokongan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS