BERITA

Najib mahu Harimau Malaya bangkit

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Nov 2012, 7:11 pagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu skuad Harimau Malaya bangkit dan mencatat kemenangan dalam saingan seterusnya Piala AFF Suzuki 2012.

Beliau berkata kekalahan kepada Singapura pada perlawanan pembukaan malam tadi perlu ditebus semula oleh anak buah Datuk K Rajagobal kerana rakyat mahu melihat kejayaan skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang.

"Walaupun keputusan bukan pihak kita, kita semua mahu Harimau Malaya bangkit semula. Malaysia, raihlah kemenangan pada perlawanan seterusnya," katanya di laman Twitter beliau hari ini.

Malaysia terpaksa menelan pahit setelah diaibkan Singapura 0-3 di gelanggang sendiri pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Laos Rabu ini, sebelum menamatkan aksi di peringkat kumpulan berdepan naib juara 2010, Indonesia pada 1 Disember.

-Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.