Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Isu tanah tunjuk BN tak mampu berubah
Diterbitkan:  Nov 26, 2012 3:36 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

DAP mendakwa tindakan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang berdiam diri dalam isu tanah yang diperolehi individu tertentu bawah harga pasaran ketika BN mentadbir Selangor menunjukkan parti berkenaan tidak mampu berubah.

"Najib mendakwa BN 'sedia berubah' tetapi di mana perubahan itu apabila dia terus menyokong aman rasuah sebelum ini apabila tanah kerajaan negeri diberikan kepada parti komponen BN pada harga yang cukup murah", kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Pua berkata, parti komponen BN Selangor tangkas mempertahankan diri apabila isu berkenaan didedahkan ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim.

Sekurang-kurangnya 24 keping tanah didakwa dijual kepada parti berkenaan pada harga RM1 sekaki peregi, manakala nilai tanah berkenaan dianggarkan RM20 juta.

Penjelasan ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berhubung isu berkenaan turut disokonog oleh setiausaha MCA Selangor, yang juga ADUN Kuala Kubu Bharu Wong Koon Mun.

Pua berkata, Wong mendakwa tiada salahnya dengan tindakan memberi milik tanah tersebut kepada MCA malah turut mengibaratkan parti politik itu seperti tokong atau sekolah yang diberikan tanah dengan murah.

“Beliau juga menggambarkan bahawa rampasan tanah itu dijustifikasi dengan usaha parti berkenaan untuk mendaftar golongan Cina di Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan dan memperjuang hak mereka,"

MP Petaling Jaya Utara itu berkata, penjelasan berkenaan menunjukkan bahawa BN "bukan sahaja tidak faham rasuah dan penyalahgunaan kuasa", tetapi parti itu juga "benar-benar tidak tahu malu".

[Baca berita penuh]

ADS