Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi: Perbincangan terbaik selesai isu salun
Diterbitkan:  Nov 27, 2012 4:11 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

PAS memandang serius kebimbangan orang bukan Islam tentang isu salun di Kota Bharu kelantan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS percaya kerajaan Kelantan tidak bermaksud meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

Pakatan dinner Hadi "Ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, tambahnya, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya, atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

Kenyataan Abdul Hadi itu dibaca oleh Naib Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, tegas Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang, PAS percaya maksud utama peraturan kecil itu untuk adalah untuk tujuan tersebut.

"PAS Pusat telah dimaklumkan bahawa mereka bersedia menimbang cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu salun ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam.

NONE "PAS Pusat sangat mengalu-alukan sikap keterbukaan kerajaan Kelantan.

"PAS sentiasa komited menyelesaikan apa-apa jua permasalahan mengikut pintu rundingan," katanya.

Sebelum ini, seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang  mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

Tindakan tersebut mencetuskan kontroversi dan beberapa pemimpin Pakatan, termasuk pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS pusat supaya menyelesaikan segera isu tersebut.

pas forum 170609 hu pang chaw 01 Ianya juga menjadi sasaran parti komponen BN, MCA, yang selama ini menyerang PAS dan Pakatan berhubung isu hudud menjelang pilihan raya umum ke-13.

Dan hari ini, akhbar Utusan Malaysia memetik Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw turut meminta kerajaan Kelantan menghentikan penguatkuasaan semua undang-undang tersebut sehingga kajian terperinci dilaksanakan.

Beliau juga berkata undang-undang kecil yang digubal khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan bukan Islam juga perlu dikaji semula kerana "tidak sesuai dengan keadaan semasa".

Kenyataan itu dibuat susulan ketetapan kerajaan negeri yang bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh. Beliau juga meminta kepimpinan PAS campurtangan dalam isu berkenaan.

Kontroversi itu timbul apabila seorang wanita bukan Islam yang bekerja sebagai pendandan rambut disaman oleh majlis perbandaran kerana menggunting rambut seorang lelaki.

1. Isu salun: K'tan pertahan perundangan Islam

2. Karpal gesa pemimpin PAS campurtangan isu salun

3. Pendandan disaman kerana gunting rambut lelaki

 

ADS