Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suspek kes dadah ditemui mati di lokap Dang Wangi

Seorang lelaki yang direman berkaitan kes dadah, ditemui mati di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, awal pagi tadi.

    

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kematian lelaki berusia 51 tahun itu disedari seorang daripada sembilan tahanan yang berada di dalam lokap itu, sebelum pihak polis menghubungi Hospital Kuala Lumpur pada jam 2.15 pagi.

    

"Lelaki itu ditahan reman sejak empat hari lepas dan remannya berakhir pada 3 Disember ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran SMS Tinjauan Kepuasan Pelanggan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibunegara.

    

Menurutnya, HKL mengesahkan lelaki itu mati mengejut kerana mempunyai rekod penyakit asma.

    

Lelaki tersebut ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    

- Bernama

ADS