Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Hamid: 'Sabotaj' bekas IGP, Deepak tak berhasil

Bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berkata dakwaan oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan ke atas pemimpin parti tidak akan berjaya menjejaskan perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung.

Beliau juga berpendapat mungkin sebab itulah dakwaan berkenaan timbul ketika hampir pilihan raya dan ketika Umno mengadakan perhimpunan.

Namun, Syed Hamid berkata langkah sebegitu tidak akan berhasil memandangkan rakyat sudahpun mengenali prestasi Umno.

"Saya fikir apa saja sabotaj, (usaha) untuk mengagalkan kita, menjejas nama baik, menghina, dan apa sekalipun, ia tidak akan berhasil," kata MP Kota Tinggi itu.

Kenyataannya itu selari dengan pandangan naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang berpendapat dakwaan berkenaan bertujuan untuk mengalikan pandangan daripada perhimpunan agung Umno.

Musa mendakwa Hishammuddin campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya.

Deepak pula, yang kini berenggang dengan keluarga perdana menteri, mendakwa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

[Baca berita penuh]

ADS