Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perhimpunan agung Umno 2012 masuk hari terakhir
Diterbitkan:  Dec 1, 2012 8:24 AM
Dikemaskini: 12:38 AM

Perhimpunan Agung Umno 2012, yang masuk hari terakhir hari ini, akan menutup tirainya dengan ucapan penggulungan para pemimpin Majlis Tertinggi terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

selaku presiden parti.

Persidangan bersambung semula di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 8.30 pagi dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh Ustaz Mohd Afandi Yusoff mewakili Umno Kelantan.

    

Penggulungan usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan dijangka diadakan di sebelah petang oleh ketiga-tiga ketua sayap iaitu Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

    

Tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut membuat penggulungan, diikuti Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    

Najib akan membuat ucapan penangguhan sebelum perhimpunan ditangguhkan.

    

Seramai 2,759 perwakilan hadir bagi mendengar amanat dan mempersiapkan jentera parti pada Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.

- Bernama

ADS