Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CEO: Harga saham FGV dijangka pulih awal 2013

Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), yang kini diniagakan tinggi sedikit berbanding harga tawaran, dijangka pulih pada suku pertama 2013, kata Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sabri Ahmad.

     

Sama seperti syarikat perladangan lain, katanya, FGV turut menerima pembetulan di segi harga minyak sawit.

     

Bercakap pada taklimat media hari ini, Sabri berkata pengumuman kerajaan mengenai semakan semula cukai eksport dan bebas cukai minyak sawit mentah (MSM), juga dijangka memainkan peranan yang signifikan di dalam meningkatkan pendapatan FGV, yang akan mencerminkan harga saham yang lebih baik.

     

"Apabila berlaku pembetulan pada harga minyak sawit, akan ada kesan (pada kebanyakan syarikat perladangan). Ini di luar kawalan kita tetapi melihat kepada senario semasa, kami percaya menjelang suku pertama tahun depan, harga (saham) akan pulih," katanya.

     

Harga saham FGV turun 4.0 sen atau 0.87 peratus kepada RM4.55 semalam, seperti yang dijangka penganalisis sebagai keputusan suku ketiga yang mengecewakan.

    

Harga itu juga setara dengan tawaran harga tawaran awam permulaan syarikat ladang kelapa sawit itu, yang juga penyenaraian terbesar tahun ini dan yang kedua terbesar di dalam dunia selepas Facebook.

     

Sabri juga berkata bahawa pengumuman kerajaan untuk menyemak semula cukai eksport MSM dan cukai bebas akan menjadikan penapis Malaysia lebih kompetitif berbanding Indonesia.

     

Kerajaan telah mengumumkan keputusannya untuk memotong cukai eksport dan menghentikan penghantaran kapal bebas cukai mulai 1 Januari 2013, kerana berhasrat mengambil balik agihan pasaran dari pengeluar terbesar Indonesia. Malaysia adalah pengeluar minyak sawit kedua di dunia.

     

Pelaksanaan duti eksport yang dikurangkan pada MSM akan membolehkan penapis di Malaysia memasarkan produk mereka pada harga kompetitif ke pasaran global.

    

- Bernama

   

ADS