Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan polis terhadap DAPSY kerana serah Memo IPCMC

Sayap Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membuat laporan polis semalam berhubung satu laporan yang dibuat terhadap mereka oleh seorang anggota polis kerana mengemukakan memorandum mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Memantau dan Aduan Polis (IPCMC).

NONE Ketua DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik mendakwa selepas laporan itu dibuat oleh anggota polis yang tidak dikenali itu, ahli sayap tersebut telah dipanggil dan dimaklumkan bahawa mereka sedang disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman (PPA).

Bagaimanapun, Ng dan ahli-ahli yang lain, memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak polis selagi butiran dan identiti anggota polis terbabit dirahsiakan.

"Ini adalah satu pelanggaran mutlak hak asasi kami. Adakah ini bermakna mengemukakan memorandum kini menjadi satu jenayah di Malaysia?" tanya Ng, yang berkata ini mungkin pertamakali berlaku dalam sejarah negara.

"Jika seseorang itu terbukti bersalah di bawah Seksyen 9 (1) PPA kerana perhimpunan haram, dia boleh didenda sehingga RM10,000. Adakah laporan itu dibuat kerana saya seorang wakil rakyat?" Ng soal yang merupakan ADUN Komtar.

Hak kemuka memo

NONE Jika sabit kesalahan di bawah undang-undang tersebut dengan jumlah denda melebihi RM2, 000, maka seseorang wakil rakyat

boleh kehilangan kerusinya dan dihalang bertanding dalam pilihan raya bagi tempoh dua penggal (atau antara lapan tahun).

"Rakyat Malaysia mempunyai setiap hak untuk mengemukakan memorandum seumpama itu, mengapa pihak polis perlu mengambilnya begitu serius?" soal Ng yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Ng berkata beliau akan mengemuakan aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Manusia (Suhakam), mengenai perkara itu.

Ng diiringi oleh naib ketua DAPSY negeri, Lim Thing; setiausaha DAPSY negeri, Soon Lip Chee; penolong setiausaha DAPSY negeri, Satees Muniandy dan setiausaha publisiti sayap itu, Steven Sim dan beberapa orang yang lain.

Pada 19 November, sekumpulan kira-kira 10 orang telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pegawai yang bertanggungjawab, Inspektor Mohamed Ilias, di Balai Polis Prai.

[Baca berita penuh]

ADS