Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Porsche hangus dalam kebakaran di PJ
Diterbitkan:  Dec 1, 2012 4:55 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Sebuah kereta Porsche turut hangus dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah satu tingkat di Jalan 1/4, Seksyen 1, Petaling Jaya pagi tadi.

    

Kereta tersebut yang terletak di halaman salah sebuah rumah tidak dapat diselamatkan kerana pemiliknya tidak berada di rumah ketika kejadian kira-kira jam 10.35 pagi itu.

    

"Ketika bomba tiba, api sedang marak di kedua-dua rumah yang terletak bersebelahan itu," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hashim Mat Yasih.

 Beliau berkata api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah tersebut sebelum merebak ke rumah satu lagi.

    

- Bernama

ADS