Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Kenapa Chua Jr diam isu tanah murah BN?

ADUN Kampung Tunku Lau Weng San menyelar ketua biro profesional MCA Chua Tee Yong yang berdiam diri dalam isu tanah yang diperolehi BN di Selangor.

"Apabila Chua menyerang kita dengan soal tanah Talam (Corporation), kami memberi jawapan kepadanya.

"Tapi sekarang dia berdiam diri dan melarikan diri daripada isu tanah BN," katanya kepada pemberita selepas melawat sekeping tanah di Sungai Way yang didakwa diperolehi Umno Petaling Jaya dengan harga murah.

Tanah komersil seluas 5010.6 kaki persegi itu, yang kini menempatkan pusat penjaja, merupakan salah satu daripada 24 keping tanah yang didakwa diperolehi BN dengan harga RM1 sekaki persegi.

Lau menganggap tindakan Chua yang berdiam diri dalam soal berkenaan merupakan sokongan kepada perbuatan tersebut, selain menjejaskan kredibiliti pemimpin muda MCA itu dalam isu Talam.

"Jika dia boleh datang ke kawasan parlimen ini untuk menghadiri majlis makan malam MCA dengan 500 meja minggu lalu, dia boleh datang tengok tanah ini," katanya.

Ini merupakan cabaran kedua oleh MP Pakatan kepada Chua untuk menbuat kenyataan berhubung skandal berkenaan, ekoran serangannya ke atas kerajaan Selangor dalam isu perolehan semula hutang Talam.

[Baca berita penuh]

ADS