Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datin Paduka Alinah Ahmad dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya yang baru, berkuatkuasa 1 Januari depan.

NONE Pelantikan Alinah, yang merupakan ketua pengarah eksekutif Lembaga Perumahan Selangor, diumum oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menggantikan Datuk Roslan Sakiman yang dijangka dilantik sebagai timbalan setiausaha kerajaan Selangor.

"Kerajaan negeri berharap datuk bandar ini dapat memahami hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan PJ sebagai sebuah bandaraya pilihan untuk didiami dan dan bandar perniagaan yang menjadi kebanggaan khusus kepada rakyat di Petaling Jaya," kata menteri besar dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco negeri di Shah Alam hari ini.

Katanya, sebelum ini, Alinah telah memberi sumbangan penuh dedikasi ketika berkhidmat di Lembaga Perumahan Selangor dan hari ini adalah hari terakhir beliau sebagai pengarah eksekutifnya.

Alinah pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ketua ADO Kuala Langat, ADO Penguatkuasa Pejabat Daerah Petaling, Ketua Penolong Setiausaha Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Ketua Penolong Setiausaha Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

 

 

 

ADS