Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warga Bangladesh didakwa liwat kanak-kanan lelaki
Diterbitkan:  Dec 21, 2012 3:41 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Seorang jurukimpal warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun pada Oktober lepas.

Md. Rezaul dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Blok B, Lorong Merak 57, Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), pada  12 tengah hari, Oktober lalu.

    

Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

    

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Malaysia dan tidak mempunyai jurubahasa.

    

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 23 Jan depan untuk sebutan semula kes.

    

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Md. Daud.

- Bernama

ADS