Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketika lori balak melintas kampung Orang Asli di Kampung Parik, sebatang buluh yang terbakar di jalan yang berdebu dan berlumpur itu, menjadi peringatan kepada perjuangan untuk mengekalkan apa yang masih ditinggalkan di hutan di situ dan cara hidup penduduknya.

NONE Awi Along, 41, (kanan) teringat hari di mana dia dan kaum kerabat

Temiarnya berkata "cukup" dan mengadakan sekatan di salah satu jalan akses di luar kampung ini itu untuk menghalang lori balak.

"Pihak polis membuka sekatan buluh dan membakarnya. Selepas itu, mereka buang saki-bakinya ke dalam sungai," kata Awi ketika mencerita mengenai sekatan tersebut yang diadakan pada 28 Januari di mana 13 orang telah ditangkap.

Kampung Parik adalah antara beberapa perkampungan Orang Asli di sepanjang Sungai Nenggiri dalam kawasan skim penempatan semula Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan, terletak pada kelompok terluar penempatan yang sama, hanya 30-minit perjalanan dari pekan Kuala Betis.

Tidak lebih satu jam perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda dari bekas tapak sekatan tersebut, terletak Gua Cha- satu penempatan neolitik yang menurut Orang Asli adalah tapak nenek moyang mereka.

Bagaimanapun, jalan ke gua purba itu melewati kawasan yang pernah dipenuhi pokok yang menghijau tetapi kini telah digantikan oleh bukit yang sudah gondol dan bersepah dengan serpihan kayu dan pokok mati.

NONE Jelak Anas, 30, (kanan) dari  Kampung Depak, dekat situ, teringat

bagaimana dia pernah menjalani kehidupan yang bahagia di situ, sehinggalah dua tahun lalu apabila muncul jentolak dan teres dibuat di liring bukit untuk tujuan perladangan.

"Lima atau enam daripada kita akan masuk hutan untuk satu atau dua minggu dan jika bernasib baik kami akan menemui kayu wangi, kita boleh menjualnya sehingga RM5,000 di bandar dan berkongsi hasil jualannya di antara kami, sekarang tidak apa lagi yang tinggal," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS