Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: T'ganu makin pulih, K'tan tak berubah
Diterbitkan:  Jan 1, 2013 7:41 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Keadaan banjir di Terengganu menunjukkan pemulihan petang ini dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan mencatat penurunan berbanding pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di 25 pusat pemindahan banjir di negeri itu menurun kepada 1,009 orang sehingga 4.30 petang ini berbanding 1,466 pagi tadi.

Menurut portal banjir negeri, empat daerah terlibat dengan banjir iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Besut mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 757 orang, diikuti mangsa banjir di Setiu (114), Hulu Terengganu (105) dan Kemaman (33) melibatkan keseluruhan 258 keluarga.

Besut membuka 15 pusat pemindahan banjir dan diikuti, Setiu (lima) Hulu Terengganu (empat) dan Kemaman (satu).

Korban mangsa banjir masih kekal enam orang di Terengganu.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di jajahan Pasir Puteh kekal 35 orang daripada 10 keluarga.   

Menurut portal banjir negeri itu, seramai 20 orang dari enam keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil dan 15 orang lagi daripada empat keluarga di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh.

Seramai 17 orang daripada empat kelurga dari jajahan Kota Bharu yang dipindahkan malam tadi, juga masih ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, di Kota Bharu.

Bacaan paras air di beberapa batang sungai utama masih di paras berjaga-jaga dan ketika ini hujan renyai-renyai.

- Bernama

ADS