Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang menyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat, mendakwa telah menerima SMS berunsur ugutan menjelang perhimpunan itu Sabtu ini.

Bagaimanapun, penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Shariful Azmir Mustafa memberi amaran kepada mereka yang terlibat supaya "jangan cuba untuk menghalang proses demokrasi dan kebebasan bersuara".

Beliau menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak menghormati perlembagaan dan prinsip Rukun Tetangga.

Bercakap kepada pemberita petang ini, Shariful berkata beliau tidak merancang untuk membuat laporan polis kerana tidak berminat untuk melayan provokasi tersebut.

Shariful sebelum ini mengetuai kumpulan enam orang ke balai polis Dang Wangi untuk menyerahkan sejambak bunga kekwa sebagai menunjukkan penghargaan kepada pasukan polis yang akan bertugas semasa perhimpunan Sabtu ini.

 

"(Dengan memberi bunga tersebut), kita menunjukkan bahawa kita tidak cuba untuk menimbulkan masalah pada 12 Januari. Kami mahu jadi kawan," katanya.

 

Pemangku timbalan ketua balai tersebut, M Nazir menerima bunga tersebut, tetapi tidak membenarkan SAMM mengedarkan risalah di dalam balai tersebut. Beliau mencadangkan mereka berbuat demikian di luar.

 

Shariful juga menggesa polis untuk bersedia dan menangkap ejen provokasi semasa perhimpunan itu nanti.

[Baca berita penuh]

ADS