Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis Daerah Dang Wangi hari ini meluluskan permohonan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk membenarkan peserta membawa sepanduk dan kain rentang dalam acara berkenaan.

Ketua polis daerah Dang Wang Zainuddin Ahmad berkata, peserta dibenarkan berbuat demikian  dengan syarat peserta berkenaan tidak menimbulkan perasaan tidak puas hati atau permusuhan.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat dengan penganjur perhimpunan tersebut hari ini.

Dalam pertemuan itu, polis menerima notis daripada penganjur dan bersetuju untuk membantu perhimpunan berkenaan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kedua-dua pihak berkenaan bersetuju untuk mematuhi 27 syarat perhimpunan mengikut akta berkenaan, dengan satu pindaan ke atas syarat berhubung sepanduk dan kain rentang.

[Baca berita penuh]

ADS