Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahasiswa dan anak muda yang masih belajar di universiti tetapi tidak dapat mengundi dalam pilihan raya umum akan datang tetap berperanan besar untuk memantau sebarang cubaan penipuan dalam pilihan raya itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

anwar meet the students session "Nanti kita pun memerlukan ribuan mahasiswa untuk turun, bukan untuk membuat kacau tetapi untuk pastikan dan kurangkan penipuan," kata ketua pembangkang itu.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan pada majlis Dialog Anak Muda Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kajang, petang tadi yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Kehadiran peserta dialog melebihi jangkaan awal penganjur, AnwarIbrahim Club, kerana mereka yang sampai awal ke dewan hotel tempat majlis itu berlangsung, terpaksa duduk berhimpit-himpit untuk memberi ruang kepada mereka yang sampai lambat tetapi masih mahu menghadiri sesi itu.

Sebahagian besar peserta yang kelihatan seperti pelajar kolej turut diyakinkan olleh Anwar akan komitmen Pakatan Rakyat untuk melaksanakan polisi pendidikan percuma jika mereka berjaya mentadbir Putrajaya.

"Kenapa ia dilihat populis? Daripada saya universiti, pendidikan itu perkara utama. Selalunya masalah kemiskinan desa dapat diatasi dengan pendidikan," kata Anwar.

anwar with students in kajang Membincangkan pelbagai topik bersama hadirin, beliau turut menampilkan sisi santai dan 'mudanya' apabila memberikan bayangan sudah menonton filem muzikal Les Miserables yang diangkat daripada karya Victor Hugodan sedang ditayangkan di pawagam.

"Awak semua perlu membaca novel berkenaan. Ia beratus-ratus kali jauh lebih baik berbanding filem itu," katanya.

Majlis petang itu diakhiri dengan sesi foto di antara peserta yang hadir bersama Anwar.

ADS