Peguam kepada keluarga mendiang C Sugumar berkata mereka tidak akan menyertai inkues untuk mengenalpasti punca kematian lelaki tersebut, yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada 23 Januari lalu.
Dalam satu kenyataan bersama, peguam berkenaan, Latheefa Koya dan N Surendran berkata anggota keluarga berkenaan tetap berkeras supaya polis segera membuka siasatan kes pembunuhan.
Katanya, keputusan untuk mengadakan inkues tersebut “tidak masuk akal, mencurigakan, dan melanggar undang-undang” memandangkan kenyataan saksi memberi anggapan bahawa serangan dan pembunuhan berlaku.
"Kami dengan khusus menyatakan di sini bahawa keluarga C Sugumaran tidak akan mengambil bahagian dalam inkues palsu ini," kenyataan itu dipetik.
[Berita penuh menyusul]