Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan terima 26 aduan tipu guna identiti kementerian

Sebanyak 26 aduan membabitkan penipuan mengunakan identiti sebuah kementerian diterima Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan setakat ini sejak Januari tahun lepas.

    

Pengerusinya Wilson Lau Hoi Keong berkata kerugian dianggar melebihi RM1 juta.

    

Katanya berdasarkan daripada keterangan, semua mangsa dipercayai telah diperdaya selepas beberapa bulan mengenali suspek yang menyamar sebagai pekerja di sebuah kementerian.

    

"Penipu itu akan mendekati mangsa yang telah diselidik latar

belakangnya... setelah mengenali mangsa penipu itu akan menggunakan pelbagai cara seperti mencerita segala masalah untuk mendapat simpati.

"Disebabkan percaya dan simpati, mangsa akan terdorong untuk mengikut kemahuan penipu tersebut," katanya kepada pemberita selepas menerima satu aduan berhubung kes itu di ibu pejabat Gerakan, di ibunegara hari ini.

Lau berkata, kejadian seumpama itu dapat dielak jika setiap individu mengamalkan sikap berjaga-jaga terhadap seseorang yang baru dikenali.

    

Seorang daripada mangsa yang hanya dikenali sebagai Winie, berkata beliau kerugian kira-kira RM150,000 selepas ditipu seseorang wanita yang menyamar sebagai pembantu peribadi seorang menteri di sebuah kementerian.

    

"Saya mengenali penipu itu melalui seorang kawan. Pada mulanya dia menceritakan segala masalahnya sehingga saya sangup menolongnya kerana simpati.

    

"Penipu itu kemudiannya banyak meminta saya untuk menaja pelbagai majlis dengan menggunakan nama sesebuah kementerian. Kerana percaya saya bersetuju untuk menaja," katanya.

    

- Bernama

ADS