Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said akan membuat laporan polis berhubung surat palsu yang mengarahkan pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

NONE "Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.

"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.

Hishamuddin berkata demikian selepas mengadakan sidang media di majlis sambutan Hari Imigresen di Putrajaya hari ini.

Semalam, Mahfuz menuntut penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Mahfuz mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.

Sebelum itu, pada sidang media, Hishamuddin berkata, tuduhan tidak berasas yang boleh dieksploitasi dan berbaur perkauman serta keagamaan hanya timbul menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak bertindak melulu berhubung  tuduhan terhadap pihak polis dan juga perkara yang melibatkan kad pengenalan.

"Sekarang ini perkara bertalu-talu. Kalau ada asas kita bawa ke muka keadilan dan banyak perkara yang tak ada asas.

"Bagi saya mereka buat ini ada matlamat dan tak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kemarahan. Saya berharap orang ramai lebih rasional.

"Mungkin menjelang PRU saya boleh cadangkan pada Ibu Pejabat Polis supaya perlu ada unit khas untuk jawab isu-isu tertentu yang dibangkitkan lebih pantas," tambahnya.

 

1. PAS bimbang warga asing guna IC tak dituntut

ADS